-Apa itu Pinjaman Koperasi

Pinjaman Koperasi ialah sejenis pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan kakitangan institusi entiti sekutu kerajaan negeri yang tertentu (lembaga).
Pinjaman ini adalah ditawarkan oleh pihak koperasi (seperti Koperasi Ukhwah, Gemilang, Kobeta dan lain Koperasi) atau yayasan (seperti Yayasan Ihsan Rakyat atau Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis) di Malaysia.
Selain itu, beberapa bank tertentu juga bekerjasama dengan entiti tempatan (seperti Public Bank-MCCM Resources dan RHB-iDestinasi) untuk menyediakan Pinjaman Koperasi dengan skim bayaran balik potongan gaji melalui Biro ANGKASA.

– Ciri-ciri Utama Pinjaman Koperasi

Bayaran balik Pinjaman Koperasi dilakukan melalui perkhidmatan potongan gaji yang disediakan oleh Biro ANGKASA atau Akauntan Negara Jumlah pembiayaan bermula daripada RM2,000 hingga RM250,000 Tidak bercagar dan penjamin tidak diperlukan dana serbaguna – penyatuan dan penstrukturan hutang, pembelian rumah atau kereta, permulaan atau perkembangan perniagaan, pendidikan, bil perubatan, dan lain-lain

– Perbezaan antara Pinjaman Koperasi dan Pinjaman Bank

Walaupun serupa dalam pelbagai aspek, Pinjaman Koperasi mempunyai beberapa ciri-ciri yang tersendiri:
1. Bayaran balik – Pembayaran balik Pinjaman Koperasi adalah melalui potongan terus daripada gaji peminjam dan diuruskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara. Biasanya, bayaran balik pinjaman bank dilakukan melalui autodebit atau bayaran ansuran bank-in secara manual. Meskipun begitu, terdapat situasi di mana bank komersial menawarkan pilihan potongan gaji.
2. Tempoh – Tempoh Pinjaman Koperasi lazimnya sehingga 10 tahun, berbanding tempoh 5-7 tahun yang ditawarkan oleh kebanyakan bank;
3. Kriteria kredit – Oleh sebab pembayaran balik melalui potongan gaji, kriteria kelulusan bagi Pinjaman Koperasi adalah lebih mudah berbanding pinjaman bank. Permohonan golongan peminjam yang mempunyai rekod CTOS negatif, komitmen tinggi atau yang ditandakan dengan “akaun perhatian khas” di CCRIS masih ada peluang untuk diluluskan. Baca disini untuk ketahui lebih lanjut mengenai CTOS and CCRIS;
4. Kadar faedah & jumlah bersih bayaran keluar (payout) – Kadar faedah Pinjaman Koperasi biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan bank komersial. Namun, seseorang itu perlu tahu bahawa Pinjaman Koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Jumlah bayaran keluar (payout) ini ialah antara lingkungan 70% hingga 98% bergantung pada pihak Koperasi loan. Oleh itu, sentiasa ambil tahu tentang kadar faedah serta jumlah bayaran tunai yang akan diterima;
5. Jenis pemohon – Pinjaman Koperasi dikhaskan untuk penjawat awam manakala permohonan pinjaman bank terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam.

1. Alternatif untuk permohonan pinjaman bank komersial yang tidak diluluskan
Biasanya, proses kelulusan Pinjaman Koperasi lebih fleksibel jika dibandingkan dengan bank komersial. Ini adalah kerana skim bayaran balik adalah melalui potongan gaji (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara). Kebanyakan koperasi menerima permohonan peminjam yang mempunyai rekod CCRIS / CTOS negatif (contoh: akaun perhatian khas atau melebihi 3 bulan bayaran lewat) mahupun peminjam yang tiada sejarah kredit. Koperasi kemungkinan dapat meluluskan pinjaman bagi mereka yang mempunyai komitmen kewangan yang tinggi.
Namun begitu, Pinjaman Koperasi hanya akan diluluskan jika jumlah potongan di slip gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar peminjam bagi memastikan peminjaman yang bertanggungjawab.

2. Selesaikan bayaran tertunggak dan padamkan rekod negatif CCRIS / CTOS
Rekod bayar balik pinjaman yang tidak konsisten (termasuk juga pinjaman yang mana anda sebagai penjamin) akan mengakibatkan rekod kredit negatif. Jika ini berlaku, kemungkinan besar pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman rumah, kereta atau permohonan kad kredit anda. Dalam perkara ini, lebih baik untuk memohon Pinjaman Koperasi dan gunakan hasilnya untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Ini bukan sahaja akan memadam rekod negatif CCRIS/CTOS anda tetapi memberikan fleksibiliti yang anda perlukan.
Meskipun begitu, anda disarankan supaya berdisiplin dan membayar balik semua komitmen dan pinjaman anda tepat pada masanya untuk mengekalkan rekod kredit yang cantik.

3. Gabungkan hutang kad kredit dengan kadar faedah rendah Pinjaman Koperasi
Walaupun anda mempunyai sejarah kredit yang baik, Pinjaman Koperasi mungkin bermanfaat dalam mengurangkan beban kewangan anda. Jika anda mempunyai baki kad kredit dimana berfaedah 15 atau 18% setiap tahun atau pinjaman peribadi dengan faedah tinggi, anda boleh gunakan Pinjaman Koperasi untuk menggabungkan dan membayar balik hutang yang tinggi ini. Sebagai contoh, Public Bank menawarkan sehingga 10 tahun tempoh pinjaman peribadi dengan kadar faedah serendah 4.88% setiap tahun sahaja.
Sebelum anda memohon pinjaman peribadi, pertimbangkan Pinjaman Koperasi untuk kadar faedah rendah, proses kelulusan yang mudah dan manfaatnya dalam mencegah rekod CCRIS / CTOS negatif. Sentiasa semak butiran produk kewangan, kadar faedah dan tempoh sesuatu pinjaman. Mengikut keadaan kewangan peribadi anda, anda mungkin mendapati Pinjaman Koperasi sebagai penyelesaian yang lebih sesuai untuk anda.

 

Koperasi loan Hubungi